Orang ramai mula terima duit eMadani RM100

Wang bantuan eMadani sebanyak RM100 sudah boleh dinikmati oleh rakyat.
Wang bantuan eMadani sebanyak RM100 sudah boleh dinikmati oleh rakyat.
A
A
A

SHAH ALAM - Orang ramai mula menerima kredit e-tunai eMadani sebanyak RM100 dalam akaun masing-masing.

Rata-rata pengguna aplikasi X berpendapat, wang tersebut sedikit sebanyak dapat dibelanjakan untuk membeli makanan dan barangan keperluan.

Bagi pengguna aplikasi X, @CikLara berkata, wang tersebut akan digunakan untuk membeli keperluan asas di farmasi.

“Kita dah dapat eMadani. Lepas balik kerja boleh singgah ke farmasi beli barang,” katanya.

Selain itu, pemilik akaun @iRaesmee berpendapat, emadani bukan sahaja membantu rakyat, tetapi memberi peluang orang ramai berbelanja di kedai milik peniaga tempatan.

Menurutnya, antara kedai atau pasar raya yang terlibat adalah 7Eleven, Mydin Malaysia, tealive dan sebagainya.

“Eco Shop pun boleh belanja guna emadani. Habislah dapat borong barang nanti,” ujarnya.

Bagi pengguna @BahuluKuih berkata, bantuan tersebut dapat membeli makanan yang diingini.

Artikel Berkaitan:

“Terima kasih Kerajaan Madani. Saya tidak kelaparan hari ini. Belanja makan guna emadani,” tulisnya.

Pada Isnin, orang ramai yang layak boleh mula menebus kredit e-tunai eMADANI sebanyak RM100 bermula 8 pagi hari ini hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024.

Menurut soalan lazim (FAQ) disediakan di laman sesawang Kementerian Kewangan (MOF), kredit e-tunai yang dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia boleh digunakan untuk pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet terpilih iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch 'n Go eWallet.

Setelah pemohonan diterima dan kredit e-tunai dimasukkan, penerima perlu membelanjakannya sebelum jam 11.59 malam, 29 Februari 2024 dan selepas itu, baki yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet penerima.