Suri rumah didenda RM6,000, palsu dokumen kelahiran

Tertuduh (dua dari kiri) didenda RM6,000 kerana mengemukakan dokumen mengandungi maklumat palsu bagi permohonan kad pengenalan kanak-kanak tahun lalu.
Tertuduh (dua dari kiri) didenda RM6,000 kerana mengemukakan dokumen mengandungi maklumat palsu bagi permohonan kad pengenalan kanak-kanak tahun lalu.
A
A
A

JEMPOL - Seorang suri rumah didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Bahau selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengemukakan dokumen mengandungi maklumat palsu bagi permohonan kad pengenalan kanak-kanak tahun lalu.

Tertuduh, K Kalaivani, 42, membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Norshazwani Ishak.

Mahkamah turut menetapkan penjara 10 hari sekiranya tertuduh gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah membuat permohonan kad pengenalan kali pertama ke atas kanak-kanak lelaki dengan mengemukakan sijil lahir yang mengandungi maklumat palsu ibu kandung yang sah.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Jempol pada 9 Mac lalu.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(b), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa JPN, Abdul Hilmi Muzhafar Hamsan, manakala tertuduh diwakili peguam, M Yogamani.

Artikel Berkaitan: