Kanak-kanak lelaki melecur hampir seluruh badan dipanah petir

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KANGAR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun cedera dengan kesan melecur pada hampir seluruh badan akibat dipanah petir di Kampung Permatang Kerisek, Simpang Empat dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, dalam kejadian jam 7 malam itu, Muhamad Azizul Jaafar bersama ibunya, Nor Lelawati Abu Bakar, 39, sedang berjalan kaki untuk pulang ke rumah mereka dari rumah jiran.

Beliau berkata, Nor Lelawati tidak mengalami sebarang kecederaan namun trauma.

"Kejadian berlaku ketika hujan. Ibunya keluar dari rumah untuk mengambil kanak-kanak lelaki ini di rumah jiran," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Yusharifuddin berkata, mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. - Bernama

Artikel Berkaitan: