Hino Malaysia adakan peraduan Hino TS yang ke-9

Pengarah Urusan Hino Malaysia, Hiroshi Takahashi bersama pemenang Peraduan Hino (TS) ke-9 2023 yang diadakan di Petaling Jaya baru-baru ini.
Pengarah Urusan Hino Malaysia, Hiroshi Takahashi bersama pemenang Peraduan Hino (TS) ke-9 2023 yang diadakan di Petaling Jaya baru-baru ini.
A
A
A

HINO Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd (Hino Malaysia) telah mengadakan peraduan Hino Total Support (TS) tahunan ke-9 di ibu pejabatnya di Petaling Jaya pada Sabtu lalu dengan penyertaan seramai 95 orang daripada 15 syarikat pengedar sah jenama berkenaan.

Bertemakan ‘Best in Town’, Hino Malaysia dalam kenyataan berkata, ia merupakan siri aktiviti perniagaan yang bertujuan menjadi rakan kongsi terbaik kepada pelanggan dengan memfokuskan dua nilai teras iaitu memaksimumkan penggunaan kenderaan dan meminimumkan kos kenderaan.

Menurut anak syarikat terkenal Hino Motors, Ltd, Jepun itu, semasa pertandingan berlangsung, peserta menonjolkan kemahiran masing-masing dalam lima kategori iaitu jualan, perkhidmatan, alat ganti, operasi kejayaan pelanggan (CSO) dan ‘Best in Town’ yang merupakan kategori baharu.

“Setiap kategori berfungsi sebagai platform mencontohi misi Hino iaitu menjadi syarikat kenderaan komersial yang berpusatkan pelanggan dan paling dipercayai di Malaysia.

Antara peserta yang terlibat semasa pertandingan Hino (TS) ke-9 2023.
Antara peserta yang terlibat semasa pertandingan Hino (TS) ke-9 2023.

“Ia menjadikan negara kita tempat yang lebih baik untuk hidup dengan menyediakan 'Best-fit Products' and 'Total Support’,” katanya.

Hino Malaysia memaklumkan, pemenang utama membawa pulang trofi cabaran berprestij, hadiah wang tunai RM3,000 dan percutian ke Thailand untuk enam ahli yang mengambil bahagian, manakala naib juara serta tempat ketiga masing-masing menerima RM2,000 juga RM1,000

Tambah syarikat tersebut, juara bagi empat kategori (jualan, servis, alat ganti, CSO) menerima wang tunai RM1,000 dan percutian ke Thailand pada 2024, manakala pemenang tempat kedua serta ketiga masing-masing memenangi RM500 dan RM200 bersama hadiah ‘Best In Town’ keseluruhan bernilai hampir RM100,000.

Artikel Berkaitan:

Peraduan ‘Best In Town’ menawarkan hadiah unik yang mana juara memperoleh trofi dan insentif tunai RM5,000, naib juara serta tempat ketiga masing-masing menerima trofi eksklusif, wang RM3,000 juga RM 2,000

Jelas syarikat berkenaan lagi, peraduan Hino TS bukan sekadar mencerminkan kecemerlangan industri terbabit malah berfungsi sebagai platform untuk mengenali dan menghargai pengedarnya.

“Mereka memberi sokongan yang konsisten dan cemerlang apabila melibatkan pelanggan, melebihi sasaran jualan kenderaan merangkumi semua produk, alat ganti dan aktiviti pasca jualan, peraduan ini menekankan komitmen holistik terhadap TS dalam komuniti Hino Malaysia,” ujarnya.