Tuah berbelanja di AEON BiG

A
A
A

[DIKEMAS KINI] AEON BiG (M) menerima lebih 30,000 penyertaan peraduan ‘Belanja Lebih Menang Lebih’ (Shop More Win More) bermula 19 Oktober hingga 18 November 2023.

Pengarah Urusannya, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata, kempen tersebut telah berlangsung selama enam minggu dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna.

Menurutnya, hadiah utama yang ditawarkan adalah Proton X50 Flagship, tempat kedua dan ketiga adalah Proton Saga Premium.

“Kempen yang berlangsung selama enam minggu telah menerima lebih 30,000 penyertaan.

“Pelanggan kami hanya perlu berbelanja sebanyak RM111 secara minimum, tetapi jika mereka berbelanja lebih daripada RM333 akan digandakan penyertaannya.

Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berucap pada AEON BIG 11th Year Anniversary Grand Finale di AEON BiG Bukit Rimau pada Ahad. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID
Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berucap pada AEON BIG 11th Year Anniversary Grand Finale di AEON BiG Bukit Rimau pada Ahad. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

“Pada ulang tahun ke-11 kita bukan sahaja beri potongan harga sebanyak 11 peratus hingga 50 peratus, tetapi juga pelbagai diskaun yang dapat dinikmati oleh pelanggan,” katanya dalam majlis Sambutan Grand Finale ‘Shop More Win More’ di AEON BiG di sini, pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed (enam dari kiri) bergambar bersama pemenang kategori warga kerja AEON BiG pada AEON BIG 11th Year Anniversary Grand Finale di AEON BiG Bukit Rimau pada Ahad. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID
Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed (enam dari kiri) bergambar bersama pemenang kategori warga kerja AEON BiG pada AEON BIG 11th Year Anniversary Grand Finale di AEON BiG Bukit Rimau pada Ahad. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

Dalam pada itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, program tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna, sebaliknya membina hubungan baik antara pembeli dan penjual.

Ulasnya, syarikat korporat atau mana-mana organisasi perlu membantu masyarakat sejajar dengan konsep ihsan dalam konteks Malaysia Madani.

“Kita lihat dengan pelbagai pendekatan yang dilakukan, penaja yang datang bukan sekadar beri sumbangan, tetapi ada mesej yang ingin mereka sampaikan.

“Inisiatif ini memupuk konsep ihsan menerusi hubungan baik dengan pelanggan menerusi program jualan murah,” ujarnya.

Dalam pada itu, salah seorang pemenang, Ngeow Bih Lei, 35, berkata, tidak menyangka berjaya membawa pulang hadiah utama iaitu kereta Proton X50 Flagship menerusi peraduan tersebut.

“Saya ada membeli sebuah televisyen dan pengering rambut di AEON BiG Falim, Ipoh bulan Oktober lalu dengan nilai melebihi RM1,500.

“Rasa macam mimpi dan hari ini saya cukup bertuah dapat menang kereta,” katanya yang bekerja sebagai penolong perakaunan di syarikat swasta di Ipoh.