Gunung Merapi muntahkan abu setinggi 2,000m

Gunung Merapi yang terletak di sempadan Jawa Tengah dan Yogyakarta memuntahkan abu gunung berapi menyebabkan hujan abu di Boyolali dan Magelang pada Jumaat. - Foto Agensi
Gunung Merapi yang terletak di sempadan Jawa Tengah dan Yogyakarta memuntahkan abu gunung berapi menyebabkan hujan abu di Boyolali dan Magelang pada Jumaat. - Foto Agensi
A
A
A
JAKARTA - Gunung Merapi yang terletak di sempadan Jawa Tengah dan Yogyakarta memuntahkan abu gunung berapi menyebabkan hujan abu di Boyolali dan Magelang pada Jumaat.

Letusan abu itu berlaku sebanyak dua kali iaitu pada pukul 7.27 malam dan 7.47 malam (waktu tempatan) yang mencecah sehingga 2,000 meter dari kawah gunung, menurut pusat pemantauan gunung berapi negara, PVMBG.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) melaporkan Desa Selo di Boyolali dan Desa Sawangan di Magelang turut terkesan akibat hujan abu itu.

Ketua Desa Klakah, Marwoto, yang mengesahkan kejadian itu memberi jaminan bahawa situasi adalah terkawal.

Sebagai langkah pencegahan, pihak berkuasa tempatan mengedarkan pelitup muka dan mengarahkan Village Alert Team siap sedia untuk diaktifkan dan menjalankan rondaan.
Artikel Berkaitan:


Gunung Merapi mula menunjukkan peningkatan aktiviti gunung berapi sejak 11 Mei 2018 dan berada dalam status berjaga-jaga sejak 5 November 2020. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!