Isu Palestin harus diperjuang secara berterusan - ABIM

Sebahagian NGO Belia Islam menyertai Program Solidariti untuk Palestin Satukan Suara demi Al-Aqsa di Dataran Masjid Zahir, di sini, pada Jumaat.
Sebahagian NGO Belia Islam menyertai Program Solidariti untuk Palestin Satukan Suara demi Al-Aqsa di Dataran Masjid Zahir, di sini, pada Jumaat.
A
A
A

ALOR SETAR - Tiada istilah terlambat untuk masyarakat memperjuangkan isu Palestin kerana ia perlu dibicarakan dan dipertahankan secara berterusan hingga Palestin bebas dan mendapat kemerdekaan.

Yang Dipertua (YDP) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kedah, Azfar Abdullah berkata, isu Palestin tidak seharusnya diberi perhatian secara bermusim sahaja.

Disebabkan itu, kata beliau, pihaknya berusaha memberi kesedaran kepada masyarakat melalui program solidariti seumpama itu.

"Untuk berbicara isu Palestin, ia tidak ada masa tertentu sama ada ketika Palestin sedang dibantai ataupun ketika gencatan senjata

"Sepanjang 75 tahun ini, isu Palestin mestilah sentiasa diucap dan dicakap untuk memberikan ingatan tentang 75 tahun tanah Palestin dirampas," katanya.

Humaidi (dua,kiri) dan Muhammad Najib (dua, kanan) menandatangani kain rentang sebagai tanda sokongan kepada Palestin.
Humaidi (dua,kiri) dan Muhammad Najib (dua, kanan) menandatangani kain rentang sebagai tanda sokongan kepada Palestin.

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita ketika ditemui pada Program Solidariti untuk Palestin Satukan Suara demi Al-Aqsa di Dataran Masjid Zahir, di sini, pada Jumaat.

Beliau menegaskan, isu Palestin juga seharusnya menjadi agenda umat Islam.

Artikel Berkaitan:

Azfar memaklumkan, ada orang berkemungkinan mempersoalkan kesan sesuatu himpunan solidariti kepada Palestin ataupun Israel.

"Bagi kita yang paling penting adalah kesannya kepada jiwa kita. Yang penting adalah jiwa kita yang sentiasa bercakap tentang Palestin, mesti sentiasa hidup dengan isu Palestin dan jangan ada mati jiwa daripada bercakap tentang isu Palestin," katanya.

"Kita ingin sampaikan mesej bahawa anak muda walaupun berbeza politik, mazhab berbeza (atau) apa-apa saja pegangan tetapi dalam isu Palestin, kita akan bersatu dan kita nyatakan suara untuk pembebasan Palestin," katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya juga ingin membawa mesej penting kepada anak muda bahawa Isu Palestin perlu terus diambil perhatian dan secara bersama.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Belia Islam Negeri Kedah, Humaidi Harun berkata, kira-kira 12 badan bukan kerajaan (NGO) Belia Islam berkumpul demi menyatakan sokongan dan solidariti mereka untuk Palestin.

Beliau mendapati program terbabit mendapat sambutan mengalakkan daripada masyarakat setempat meskipun baru diadakan buat kali pertama.

"Ini barulah permulaan namun kita merancang untuk melaksanakan program solidariti secara berterusan dalam pelbagai bentuk seperti acara konvoi," katanya.

Menurut Pengerusi Belia 4 B Negeri Kedah, Muhammad Najib Mohd Taib, himpunan solidariti secara kecil-kecilan disertai hampir 150 peserta terbabit berjalan dengan lancar.

Muhammad Najib memberitahu, hujan renyai juga tidak menghalang rakyat mempamerkan sokongan mereka terhadap Palestin.

Beliau berharap sekurang-kurangnya suara kecil terbabit akan dilaksana secara berterusan ini sehingga mencapai apa direalisasikan.