Kejam! 15 anak kucing direndam sampai mati

Sebahagian bangkai anak kucing yang ditemui mati di kawasan Pasar Borong Jerantut disyaki dibunuh. - Foto FB Animal Malaysia
Sebahagian bangkai anak kucing yang ditemui mati di kawasan Pasar Borong Jerantut disyaki dibunuh. - Foto FB Animal Malaysia
A
A
A

KUANTAN - Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan wang ganjaran RM5,000 bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab membunuh dengan merendam mati 15 anak kucing yang dilaporkan berlaku di Pasar Borong Jerantut.

Menerusi kenyataannya, NGO itu memaklumkan, kejadian disedari pada Rabu oleh seorang penduduk tempatan (pengadu) sebelum dilaporkan kepada pihaknya kira-kira jam 8 malam.

Melalui kenyataan menerusi Facebooknya, Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan ganjaran itu kepada orang ramai yang berjaya merungkai perbuatan zalim tersebut.

"Keadilan akan dituntut bagi mengekang kejadian lebih buruk berulang.

“Saksi sama ada sahabat handai, kaum keluarga dan kenalan yang tahu individu mahupun kumpulan yang sengaja merendam semua anak kucing di Pasar Borong Jerantut hingga mati ini boleh hubungi Malaysia Animal Crime Transparency – MyAct di www.wasap.my/+60105394749," katanya.

Pasar Borong Jerantut. - Foto FB Animal Malaysia
Pasar Borong Jerantut. - Foto FB Animal Malaysia

NGO itu memberi jaminan kerahsiaan maklumat saksi utama yang berjaya merungkai kes jenayah psikopat itu.

"Pihak bertanggungjawab perlu diadili di mahkamah dan menerima hukuman atas kekejaman dilakukannya," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Azman Mat Kamis ketika dihubungi memberitahu, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis mengenai kes tersebut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!