Sila log masuk terlebih dahulu.

'Hanya nasi goreng kosong alas perut'

30 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 30 NOVEMBER 2023

Sebuah keluarga yang berdepan kesempitan hidup sering kali menjadikan nasi goreng kosong sebagai sajian mereka, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.

Kehidupan itu dilalui Zarina Abdul Aziz, 52, dan suami, Afandi Tahir, 53 bersama ibu dan lima anaknya yang menetap di Felda Bukit Goh, Kuantan.

Kepayahan hidup ditempuh sejak tujuh lalu, selepas ibu Zarina, Rafeah Yun, 77, tidak mempunyai keupayaan untuk menjaga diri sendiri selepas menghidap penyakit demensia atau nyanyuk.

Zarina mengakui tidak boleh bekerja kerana perlu menguruskan ibunya setiap masa dan sisa kehidupan mereka sekeluarga bergantung sepenuhnya kepada suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/637267/edisi/pahang/hanya-nasi-goreng-kosong-alas-perut

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini #Pahang #Bantuan