Lelaki cabul, curi telefon wanita ditahan

Suspek yang melarikan berjaya dirakam kamera litar tertutup. - Foto PDRM
Suspek yang melarikan berjaya dirakam kamera litar tertutup. - Foto PDRM
A
A
A

SEREMBAN - Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki mencabul dan mencuri telefon bimbit milik seorang wanita di Taman Seremban 3 dalam kejadian pada 6 November lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di Taman Bukit Chedang Fasa 2, di sini pada 24 November lepas pada jam 4.45 pagi.

"Penahan suspek itu dilakukan susulan laporan polis yang dibuat oleh seorang pelajar berusia 21 tahun dari sebuah Institusi Pengajian Tinggi di sini.

"Mangsa memaklumkan dalam kejadian jam 4 pagi, dia terjaga daripada tidur apabila diraba seorang lelaki berpakaian gelap. Mangsa terkejut sehingga berlaku pergelutan dengan suspek," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ujarnya, suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri bersama telefon bimbit mangsa.

"Suspek kini direman selama enam hari bagi melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, manakala telefon bimbit milik mangsa turut dirampas daripada suspek," katanya.

Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai 13 rekod lampau membabitkan lima kes dadah dan lapan kes jenayah.

Artikel Berkaitan: