13 terkorban, 25 cedera parah bas langgar lokomotif

Sekurang-kurangnya 13 penumpang maut dan 25 lagi cedera parah apabila bas yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lokomotif di wilayah Singida di tengah Tanzania pada Rabu. - Gambar hiasan
Sekurang-kurangnya 13 penumpang maut dan 25 lagi cedera parah apabila bas yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lokomotif di wilayah Singida di tengah Tanzania pada Rabu. - Gambar hiasan
A
A
A

DAR ES SALAAM (Tanzania) - Sekurang-kurangnya 13 penumpang maut dan 25 lagi cedera parah apabila bas yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lokomotif di wilayah Singida di tengah Tanzania pada Rabu, menurut polis.

"Angka kematian dijangkakan meningkat memandangkan kebanyakan 25 penumpang yang cedera, berada dalam keadaan kritikal,” lapor Xinhua memetik kenyataan komander polis wilayah Singida Stellah Mutahibirwa,

Beliau berkata, bas yang membawa 57 penumpang itu sedang dalam perjalanan ke Mwanza dari hab komersial Dar es Salaam.

Bas itu melanggar lokomotif berkenaan di lintasan kereta api pada jam 5 pagi waktu tempatan, menurut Mutahibirwa. - Bernama

Artikel Berkaitan: