Peruntukan khas bawa pulang rakyat Malaysia terkandas di Laukkaing

Laporan Sinar Harian pada Isnin. Kenyataan akhbar KLN pada Rabu
Laporan Sinar Harian pada Isnin. Kenyataan akhbar KLN pada Rabu
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan telah meluluskan satu peruntukan khas bagi membawa pulang semua rakyat Malaysia yang terkandas di bandar Laukkaing, Myanmar.

Kementerian Luar Negeri (KLN) memaklumkan, peruntukan yang diluluskan pada 24 November itu mengambil kira situasi genting di bandar berkenaan susulan perang saudara yang bermula 27 Oktober lalu.

"KLN pada masa ini sedang giat membuat persiapan sewajarnya bagi proses evakuasi semua warganegara Malaysia yang terkandas.

"Pelaksanaan proses evakuasi ini walau bagaimanapun adalah tertakluk sepenuhnya kepada kelulusan pihak-pihak berwajib di negara Myanmar dan Republik Rakyat China.

"Sebarang perkembangan mengenai proses evakuasi ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini media melaporkan, seramai 127 rakyat Malaysia dikenal pasti terkandas di bandar yang terletak di utara Myanmar susulan pergolakan di wilayah berkenaan.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dilapor berkata, Wisma Putra sedang menyelaras persiapan logistik untuk membawa mereka pulang yang dijadualkan pada Khamis.

Artikel Berkaitan: