Sila log masuk terlebih dahulu.

KDN cadang RUU khusus kawal selia kebajikan pesara, bekas pegawai polis

29 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 29 NOVEMBER 2023

Kementerian Dalam Negeri bersama Polis Diraja Malaysia akan mewujudkan Rang Undang-undang Pesara dan Bekas Pegawai Polis, yang dijangka akan dibentangkan pada tahun hadapan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, akta tersebut akan menjadi punca kuasa untuk mengawal selia pesara dan bekas pegawai polis dan menjadikan pengurusan persatuan berkaitan lebih teratur di bawah Kementerian.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli yang ingin perancangan Kerajaan untuk mewujudkan akta berkaitan bagi menjaga kebajikan pesara dan bekas pegawai polis.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/637089/berita/nasional/kerajaan-rangka-ruu-letak-pesara-dan-bekas-pegawai-pdrm-bawah-jabatan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa