Pandangan jujur Hassan Karim

Hassan (kanan) dalam perhimpunan agung Parti Keadilan Rakyat, bar-baru ini menegur perwakilan jangan hanya puji PMX sahaja.
Hassan (kanan) dalam perhimpunan agung Parti Keadilan Rakyat, bar-baru ini menegur perwakilan jangan hanya puji PMX sahaja.
A
A
A

ADA orang kata Hassan Karim bukan pemain pasukan atau team player. Ibarat dalam pasukan bola sepak, dia lebih suka main solo.

Oleh sebab itu Ahli Parlimen Pasir Gudang berkenaan sentiasa kritikal bukan sahaja pada kerajaan, malah terhadap parti dan presidennya.

Menurut khabarnya, Hassan aktivis pelajar masa di Universiti Malaya pada tahun 1970-an dulu, sama dengan Tuk Seri PMX, Hishamuddin Rais, Kamaruzaman Yaakub dan lain-lain.

Oleh sebab itu walaupun dah jadi ahli Parlimen arus perdana, semangat juangnya tak luntur. Dia masih cakap apa yang difikirkannya betul. Dia buat sajak apabila isu DNAA Tuk Seri Timbalan PM terjadi oleh sebab dia kecewa.

Dalam perhimpunan agung Parti Keadilan Rakyat dia tegur perwakilan jangan hanya puji PMX sahaja. Bangkitkan juga soal ekonomi. Perwakilan juga patut bincang isu rakyat secara terbuka dan tanpa takut.

Beliau juga ingatkan agar semua ambil perhatian rating penerimaan terhadap PMX dan kerajaannya yang menurun berdasarkan tinjauan Merdeka Centre.

Beliau juga bangkitkan bahawa ucapan PMX dan Timbalan Presiden Keadilan, Rafizi Ramli bersifat defensif.

Apakah idealisme perjuangan parti dalam hubungan dengan Deklarasi Permatang Pauh tentulah orang-orang besar Keadilan lebih faham.

Artikel Berkaitan:

Awang angkat tabik kerana kejujuran Hassan. Orang seperti inilah yang patut berada di sekeliling PMX.