MSP hargai atlit cemerlang

KUANTAN - Sebanyak RM246,800 telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Pahang (MSP) bagi insentif kepada atlit yang cemerlang dalam bidang sukan.
Exco Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan negeri, Datuk Seri Mohd Johari Hussain memberitahu, insentif itu adalah pemberian khas mengikut Skim Hadiah Kecemerlangan MSP bagi atlit yang emas, perak dan gangsa dalam pelbagai acara sukan.
Kerajaan sentiasa ambil perhatian terhadap perkembangan sukan di negeri ini..malah kita juga mengambil berat tentang pencapaian dan kebajikan atlit di sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
"Sebagai contoh, pada kejohanan Sukma yang berlangsung di Perak baru-baru ini, kontinjen Pahang meraih 33 pingat emas, 20 pingat perak, serta 30 pingat gangsa dan bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka, ganjaran melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan disalurkan ke akaun atlit 24 jam selepas keputusan rasmi dikeluarkan penganjur," katanya.
Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dun Pahang Ke-14 bagi menjawab soalan Lee Chin Chen (PKR-DAP) bertanyakan mengenai ganjaran diterima atlit mewakili Pahang dalam Sukma baru-baru ini.
Dalam perkemangan itu, Mohd Johari berkata, kerajaan negeri bersetuju memberikan insentif RM2,000 bagi pemenang pingat emas, perak (RM2,000), gangsa (RM1,000), berpasukan kurang daripada lima orang (RM2,000 setiap atlit), perak (RM1,000), gangsa (RM750).
Jelasnya, bagi acara berpasukan lebih daripada lima orang, setiap atlit menerima RM1,000, perak (RM600) dan gangsa (RM400).
Dr Roket sasar bantu 150,000 pelajar pascasiswazah menerusi Roket Valley
JKM teliti penjagaan jangka panjang dua anak Allahyarham Norhazwani
Dua anak suri rumah OKU maut ditikam masih ditempatkan di institusi JKM
Jangan runtuhkan RUU Kesalahan Syariah 2026 – Timbalan Menteri Besar Kelantan
Suami orang maut gara-gara berebut janda
DKU Negeri Sembilan mohon komital terhadap MB, 10 Exco dan enam lain
Dua beranak maut MPV dihempap kontena
'Buatlah apa kamu nak buat, untuk saya berundur tidak sama sekali' - Akmal Saleh
