Rockwell Automation bawa jaringan perniagaan dalam kehidupan manusia

A
A
A
SYARIKAT terbesar dunia yang memfokuskan automasi dan maklumat industri, Rockwell Automation Inc telah mengumumkan penjenamaan baharu syarikat itu sekali gus memperkenalkan penyelesaian inovatif untuk pelanggan pada Pameran Automasi 2018 yang berlangsung November tahun lalu.

Pameran yang dihoskan syarikat bersama rakan jaringan niaganya yang lainnya itu telah berlangsung dua hari, berakhir 15 November 2018 di Philadelphia, Pennsylvania.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Rockwell Automation, Blake Moret berkata, penjenamaan baharu yang memfokuskan memperluaskan kemungkinan manusia ini optimis menyokong penekanan Rockwell Automation untuk membawa jaringan perniagaan dalam kehidupan manusia dengan menghubungkan orang dengan mesin dan data secara digital ke seluruh organisasi serta pengilang sekali gus menjadikannya lebih efektif dan produktif.

"Penjenamaan baharu Rockwell Automation ini menekankan peranan utama yang dimainkan orang ramai dalam pembuatan maju.

"Ia menggariskan fokus kami mengenai cara bagaimana kami dapat membantu perniagaan memaksimumkan prestasi, meningkatkan inovasi dan memacu pertumbuhan perniagaan," katanya.

Justeru katanya, syarikat bersama-sama rakan kongsi pada pameran kali ini komited menunjukkan cara untuk membawa jaringan perniagaan yang terhubung ke dalam kehidupan manusia.

"Usaha ini sekali gus memperkuat pelanggan kami untuk membina perniagaan yang lebih efisien, lentur dan produktif," katanya.

Pameran Automasi 2018 telah menghimpunkan beribu pemimpin pembuatan global di bawah satu bumbung untuk mengalami teknologi terkini dan membincangkan trend industri yang beri kesan kepada iklim pembuatan terkini seperti pendigitalan, keselamatan siber dan jurang kemahiran.

Pameran itu turut menyaksikan pelancaran penyelesaian baharu yang inovatif, FactoryTalk InnovationSuite dan MetsoMetrics oleh Rockwell Automation dan rakan jaringan niaganya yang direka bagi cipta nilai dengan manfaatkan maklumat dalam organisasi.
Artikel Berkaitan: