Putera Albert II diberikan sambutan negara di Istana Negara

Al-Sultan Abdullah bersama Putera Albert Il berkenan berangkat pada majlis penanaman pokok keranji pada Istiadat Sambutan Negara di Istana Negara hari ini. - Foto Bernama
Al-Sultan Abdullah bersama Putera Albert Il berkenan berangkat pada majlis penanaman pokok keranji pada Istiadat Sambutan Negara di Istana Negara hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Putera Monaco, Putera Albert II diberikan sambutan negara di Istana Negara hari ini bersempena dengan lawatan empat hari ke Malaysia, yang bermula semalam.

Ketibaan baginda dan delegasinya pada 11 pagi itu, disambut Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof disertai menteri Kabinet dan pegawai kanan kerajaan, juga turut hadir pada istiadat tersebut.

Istiadat sambutan itu bermula dengan lagu kebangsaan Monaco dan Negaraku dimainkan pancaragam Tentera Udara Diraja Malaysia, diikuti tembakan kehormat 21 das.