Putera Albert II berlepas ke Singapura, akhiri lawatan ke Malaysia

Putera Monaco, Putera Albert II berlepas ke Singapura dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas menamatkan lawatan negara pertamanya ke Malaysia yang bermula Ahad lepas. - Foto Bernama

A
A
A

SEPANG - Putera Monaco Putera Albert II berlepas ke Singapura pada Rabu selepas mengakhiri lawatan negara pertama selama empat hari ke Malaysia.

Putera Albert memeriksa kehormatan terdiri daripada 24 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Infantri Istiadat) diketuai Kapten Harith Iskandar Jamal di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pada kira-kira jam 3.15 petang sebelum menaiki pesawat khas.

Turut hadir mengucapkan selamat jalan ialah Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar dan Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Mohd Zamruni Khalid.

Putera Albert tiba di Malaysia pada Ahad lepas untuk lawatan berkenaan.

Putera Albert II berlepas ke Singapura selepas menamatkan lawatan negara pertamanya ke Malaysia yang bermula Ahad lepas. - Foto Bernama
Putera Albert II berlepas ke Singapura selepas menamatkan lawatan negara pertamanya ke Malaysia yang bermula Ahad lepas. - Foto Bernama

Semasa di Malaysia, Putera Albert menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara dan menghadiri Forum Ekonomi Monaco 2023.

Semalam, Putera Albert turut melawat Pusat Konservasi Harimau Malaya dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Pahang. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!