MSU rangka pelan ekonomi digital

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil (tengah) bersama Presiden Management and Science University (MSU), Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid (kiri) dan Duta Jepun ke Malaysia, Takashi Katsuhiko (kanan) merasmikan Seminar Transformasi dan Inovasi Digital Malaysia-Jepun 2023 yang diadakan di Management and Science University (MSU), Shah Alam pada Isnin. - Foto Sinar Harian/Rosli Talib

A
A
A

SHAH ALAM - Management and Science University (MSU) merangka pelan ekonomi digital menerusi program Seminar Transformasi dan Inovasi Digital Malaysia-Jepun 2023.

Presidennya, Profesor Tan Sri Datuk Dr Mohd Shukri Ab Yajid berkata, seminar tersebut bertujuan memperluaskan landskap pendidikan teknologi, keselamatan siber dan kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan pelajar di institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS).

Menurutnya, ia sejajar dengan misi dan visi Rangka Tindakan Digital Ekonomi Malaysia (MyDIGITAL) yang memberi fokus kepada pembangunan serta pengurusan rangkaian 5G dalam negara.

Ujarnya,menerusi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) bersama beberapa syarikat dari Jepun akan memperkukuh hubungan diplomatik kedua-dua negara.

“Kerjasama pintar ini adalah penting kepada pelajar dan pemain industri terhadap keperluan teknologi pada masa akan datang. Ia selari dengan visi MSU untuk melahirkan individu holistik dan berkemahiran tinggi.

“Antara syarikat yang menjalinkan kerjasama dengan kami adalah Mitsui Sdn Bhd, Sony Network Communications Berhad dan Kintone South East Asia dalam bidang transformasi digital dan inovasi.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil (tengah) bersama Presiden Management and Science University (MSU), Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid (dua dari kiri) dan Duta Jepun ke Malaysia, Takashi Katsuhiko (tiga dari kanan) bergambar selepas selesai bertukar memorandum persefahaman pada majlis perasmian Seminar Transformasi dan Inovasi Digital Malaysia-Jepun 2023 yang diadakan di Management and Science University (MSU), Shah Alam pada Isnin. - Foto Sinar Harian/Rosli Talib

“Inisiatif ini merupakan penambahbaikan kepada ekosistem sedia ada dalam kampus yang diterapkan melalui program mobiliti dan penyelidikan bersama,” katanya pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, menurut Mohd Shukri, jalinan kerjasama itu merupakan platform untuk berkongsi maklumat semasa berkaitan inovasi dan transformasi digital.

Ulasnya, usaha tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar, tetapi juga memastikan institusi itu mampu melahirkan graduan yang memenuhi kehendak industri dalam dan luar negara.

“Sehingga kini MSU telah melaksanakan pelbagai strategi mampan terutama aspek perubahan teknologi bagi memperkasa ekosistem kebolehpasaran graduan dalam pelbagai industri,” jelasnya.

Sementara itu, Duta Jepun ke Malaysia, Takashi Katsuhiko berkata, penglibatan institusi pendidikan dalam transformasi teknologi penting terutama dalam pembangunan dan penyelidikan (R&D).

Menurutnya, dengan penguasaan teknologi secara meluas, ia berupaya membawa lebih ramai pelabur dari dalam mahupun luar negara.

“Kerjasama ini akan terus mengukuhkan hubungan Malaysia- Jepun semenjak 66 tahun lalu menerusi Dasar Pandang ke Timur (LEP) dan memberi manfaat kepada kedua-dua negara dalam pertukaran teknologi.

“Seminar ini memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial dan ekonomi,” katanya.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil bersama Presiden Management and Science University (MSU), Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid dan Duta Jepun ke Malaysia, Takashi Katsuhiko melihat dan melawat pameran pada majlis perasmian yang diadakan di Seminar Transformasi dan Inovasi Digital Malaysia-Jepun 2023 Management and Science University (MSU), Shah Alam pada Isnin. - Foto Sinar Harian/Rosli Talib

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, usaha tersebut bukan hanya memberi faedah kepada negara, tetapi juga memacu inovasi dalam kalangan pelajar.

Ulasnya, peluang tersebut adalah baik dan selari dengan hasrat kerajaan yang ingin terus memperkasa penggunaan digital dalam urusan perniagaan.

“Saya amat berharap lebih banyak IPTS yang dapat melakukan seminar seperti ini supaya kita dapat memperluas pandangan dan pengetahuan di masa akan datang,” ujarnya.