X

Kindly register in order to view this article
!

Pulau Pinang intai slot Liga Super 2021

Manzoor yakin pasukannya akan menampilkan aksi terbaik di Liga Premier musim depan sekaligus mengubati kekecewaan gagal bersaing di Liga Super 2020.
A
A

SELEPAS kecewa terlepas slot Liga Super 2020, Pulau Pinang bertekad mengubati kegagalan itu dengan menampilkan aksi terbaik apabila mengharungi saingan Liga Premier musim depan.

Bagi Jurulatih Pulau Pinang, Manzoor Azwira Abdul Wahid, beliau optimis skuad kendaliannya mampu memperagakan prestasi cemerlang sebagaimana yang dilakukan mereka musim lalu seterusnya menyambar tiket automatik Liga Super 2021.

Menurutnya, gabungan antara pemain senior dan muda menjadi taruhan skuad Harimau Kumbang sebaik tiria Liga Malaysia (Liga-M) 2020 disingkap secara rasminya pada Februari depan.

“Sasaran kami adalah kembali semula ke Liga Super 2021. Kami akan cuba realisasikan harapan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) serta para penyokong seterusnya layak beraksi pada kempen Piala Malaysia musim depan.

“Namun, masih terlalu awal untuk memperkatakan tentang layak ke Piala Malaysia kerana saya tidak mahu memberikan tekanan kepada para pemain,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Pada awalnya Pulau Pinang berjaya menyambar slot Liga Super 2020 selepas menduduki tangga ketiga Liga Premier 2019, namun terpaksa akur jatuh ke tangga ketujuh selepas dikenakan pemotongan enam mata pada penghujung musim.

Ia gara-gara FAP gagal mengikut tempoh masa ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi menjelaskan tuntutan bekas pemain import dari Brazil, Reinaldo Lobo.

Mengulas lanjut, Manzoor berkata, setakat ini beliau telah memiliki 20 pemain bagi membawa cabaran skuad Harimau Kumbang pada musim depan.

“Dua pemain import telah bersama pasukan dan masih ada dua kuota import untuk diisi, mungkin Januari tahun depan kita akan lengkapkan,” ujarnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!