Belanjawan 2023: Masih ada baki tidak dibelanjakan - Ahmad Maslan

Ahmad Maslan
Ahmad Maslan
A
A
A

PONTIAN - Kerajaan masih mempunyai baki peruntukkan belanjawan pada tahun ini, merangkumi perbelanjaan pembangunan (DE) dan perbelanjaan pengurusan (OE) melibatkan keseluruhan 26 kementerian.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, baki peruntukkan pembangunan sebanyak 18 peratus manakala pengurusan pula berjumlah lapan peratus daripada keseluruhan Belanjawan 2023 yang berjumlah RM388.1 bilion.

"Setakat Khamis lepas, sebanyak 82 peratus perbelanjaan pembangunan dan 92 peratus perbelanjaan mengurus telah dibelanjakan 26 kementerian.

"Oleh itu, keseluruhan kementerian perlu menghabiskan baki perbelanjaan pembangunan dan mengurus sebelum 31 Disember ini," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Kesihatan Kesedaran Jantung di Dewan Muafakat Benut pada Sabtu.

Menurut beliau, bagi Belanjawan 2024 berjumlah RM393.8 bilion menyaksikan sebanyak RM303.8 bilion disalurkan kepada perbelanjaan mengurus manakala baki RM90 bilion diperuntukkan kepada perbelanjaan pembangunan.

Jelasnya, Kementerian Kewangan sentiasa menilai prestasi belanjawan yang diperuntukkan kepada setiap kementerian.

"Mesyuarat Majlis Pembangunan Kementerian Kewangan, akan menilai perbelanjaan yang telah digunakan setiap kementerian bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

Artikel Berkaitan:

"Setiap kementerian diminta menggunakan peruntukkan dengan penuh berintegriti dan mematuhi tata kelola," katanya.