Yayasan Al-Bukhary sumbang RM15 juta ke tabung Palestin

Zambry (tengah) menyaksikan penyerahan sumbangan daripada Abdul Aziz (kanan) kepada Ahmad Rozian.
Zambry (tengah) menyaksikan penyerahan sumbangan daripada Abdul Aziz (kanan) kepada Ahmad Rozian.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kumpulan Yayasan Al-Bukhary menyerahkan wang sumbangan berjumlah RM15 juta ke Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).

Penyerahan sumbangan itu dilakukan oleh Penasihat Khas Kumpulan Yayasan Al-Bukhary, Datuk Seri Abdul Aziz Shahar kepada Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala, Kementerian Luar Negeri, Datuk Ahmad Rozian Abd Ghani.

Ia turut disaksikan oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Pada masa sama, Zambry turut menyaksikan penyerahan sumbangan RM373,229.75 daripada Tabung Warga TNB Prihatin yang diwakili Ketua Pegawai Insan TNB, Wahizan Abd Raman.

Zambry (tengah) menyaksikan penyerahan sumbangan daripada Wahizan (kiri) kepada Ahmad Rozian.
Zambry (tengah) menyaksikan penyerahan sumbangan daripada Wahizan (kiri) kepada Ahmad Rozian.

Menerusi hantaran di Facebook, Zambry berkata, jumlah terkumpul AAKRP kini hampir RM40 juta.

"AAKRP ditubuhkan di bawah seliaan Wisma Putra dengan mandat untuk mengumpul, menyelaras dan menyalurkan sumbangan kemanusiaan daripada rakyat Malaysia terus kepada rakyat Palestin," katanya pada Khamis.

Ujar beliau, penyerahan sumbangan itu merupakan satu lagi usaha tidak henti rakyat Malaysia untuk membantu rakyat Palestin dalam apa jua cara.

Artikel Berkaitan:

"Sumbangan yang dibuat melalui AAKRP adalah layak dituntut sebagai potongan cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Majlis penyerahan sumbangan AAKRP diadakan di Wisma Putra pada Khamis.
Majlis penyerahan sumbangan AAKRP diadakan di Wisma Putra pada Khamis.

"Sama-sama kita doakan konflik di Gaza akan dihentikan segera, bantuan kemanusiaan lebih banyak dapat disalurkan dan hak rakyat Palestin akan terbela," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada semua yang prihatin.