Tandas pasar awam umpama tandas hotel

Keadaan tandas yang dihias cantik menggunakan dekrosai topi. Gambar kecil: FAKHRUL ZAFRAN
Keadaan tandas yang dihias cantik menggunakan dekrosai topi. Gambar kecil: FAKHRUL ZAFRAN
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Bagaikan tandas hotel lima bintang. Itu gambaran tandas Pasar Awam Taman Universiti di sini yang dihiasi dengan bunga, gambar menarik dan lampu hiasan.

Tandas yang diuruskan dengan begitu baik sudah tentu memuaskan hati sesiapa sahaja yang datang ke pasar awam berkenaan.

Azmi Mohd Yusof, 60 yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga tandas itu sejak lebih empat lalu berkata, pada mulanya tandas berkenaan tidak mempunyai sebarang hiasan dan kelihatan biasa sahaja.

Dia yang lebih mesra dipanggil Mamu memberitahu pengalaman berkhidmat selama 23 tahun di sebuah hotel di Pulau Pinang, digunakan untuk mengubah tandas berkenaan menjadi lebih baik.

Malah, Mamu juga mendapat kerjasama yang cukup baik daripada peniaga pasar awam yang turut menyumbang tenaga dan wang untuk menghias tandas.

"Mamu cukup suka dengan kebersihan. Tanggungjawab bukan sahaja bersihkan tandas tetapi Mamu hendak tandas ini nampak bersih dan cantik, sekaligus ubah pandangan orang ramai tentang tandas awam.

"Sejak tandas ini berubah, Mamu lihat penggunanya turut jaga kebersihan tandas. Mungkin segan sebab tandas sudah cantik. Itulah yang dimahukan sama-sama pastikan tandas bersih," katanya ketika ditemui pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Mamu gembira usahanya menghias tandas Pasar Awam Taman Universiti, berbaloi.
Mamu gembira usahanya menghias tandas Pasar Awam Taman Universiti, berbaloi.

Menyerlahkan lagi kreativitinya, Mamu turut menghias tandas mengikut musim perayaan Hari Raya, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krismas.

"Setiap kali musim perayaan, sekurang-kurangnya RM80 diperuntukkan untuk membeli dekorasi hiasan. Peniaga pasar awam akan memberi sumbangan untuk membeli dekorasi hiasan.

"Peniaga pasar juga bantu saya pasang dekorasi hiasan musim perayaan seperti gambar dan bunga. Ramai yang tersenyum selepas gunakan tandas di sini kerana hiasannya mengikut musim perayaan," katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) Zon 5 Taman Universiti, Fakhrul Zafran Absl Kamarul Azman mengakui usaha dilakukan Mamu berjaya mengubah tandas pasar awam menjadi lebih cantik.

Katanya, tandas berkenaan turut tular di media sosial dengan rata-ratanya tidak menyangka tandas pasar awam cukup menarik dan bersih.

Tandas Pasar Awam Taman Universiti dihias dengan dekorasi musim perayaan.
Tandas Pasar Awam Taman Universiti dihias dengan dekorasi musim perayaan.

"Tandas Pasar Awam Taman Universiti boleh dijadikan contoh dengan kreativiti tandas awam mampu diubah.

"Selain itu, usaha dilakukan Mamu ini selari dengan saranan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mahu menjadikan Johor Bersih," katanya.