Perlu laluan lebih baik

Antara kerosakan laguna Temerloh-Triang
Antara kerosakan laguna Temerloh-Triang
A
A
A

TEMERLOH - Sudah tiba masanya laluan Temerloh-Triang di kawasan Parlimen Temerloh berwajah baharu demi keselesaan pengguna jalan raya dan penduduk di laluan tersebut.

Laluan tersebut juga adalah jalan utama bagi kawasan Pahang Timur menuju ke Selatan.

Tinjauan Sinar Harian semalam di laluan sepanjang kira-kira 13 kilometer (km)itu mendapati pelbagai kerosakan termasuk berlubang dan bonggol tinggi, selekoh bahaya selain mendapan.

Anak jati Temerloh, Khaidir Ahmad, berkata menyifatkan sudah tiba masanya laluan itu dinaiktaraf dan berwajah baharu.

Khaidir Ahmad dan Mohd Anuar Ahmad
Khaidir Ahmad dan Mohd Anuar Ahmad

Khaidir yang juga aktivis alam sekitar mendakwa, kerap kali penduduk di laluan tersebut berdepan kemalangan jalan raya sama ada membabitkan pengguna atau penduduk sendiri.

"Kami difahamkan pada awal 2000,peringkat awal projek jajaran baru membabitkan projek pelebaran dan naik taraf melibatkan laluan sepanjang kira-kira 30km akan dibina.

"Namun hanya laluan bermula sempadan Bera(dari Kampung Tanjung Belenggu hingga ke Pekan Kerayong) sahaja mendapat wajah baharu, dinaiktaraf sedangkan laluan di sini tidak mendapat perhatian.

Artikel Berkaitan:

"Jadi kami berharap untuk fasa kedua, laluan ini akan mendapat perhatian dan dapat dilaksanakan dengan segera, "dakwanya masalah itu sudah berlarutan sejak 10 tahun lalu.

Katanya ada penyeleggaraan dilaksanakan tetapi hanya bersifat sementara.

"Tampal pada pagi, petang dah rosak. Jadi tiada impaknya, hanya berkesan sementara waktu," dakwanya.

Bagi penduduk Kampung Tengah, Mohd Anuar Ahmad, 45, insiden membabitkan kemalangan dua orang guru di laluan itu kira-kira dua tahun lalu masih segar dalam ingatannya.

"Kerana elakkan lubang, berlaku pelanggaran dan saya membantu mangsa ketika kejadian. Difahamkan salah seorang mengalami kecacatan kekal.

"Sebagai pengguna utama laluan ini, kerosakan dan penyelenggaran kenderaan memang tinggi, "dakwanya.

Keadaan jalan berlubang membahayakan penggun terutama penunggang motosikal
Keadaan jalan berlubang membahayakan penggun terutama penunggang motosikal

Reaksi sama bagi penduduk Kampung Buntut Pulau, Salbiah Abdul Rani, 58 yang turut mengharapkan kerajaan dapat bertindak dan memberikan perhatian mengenai masalah tersebut.

"Dari remaja hingga sekarang, sama saja saya lihat tiada perubahan baharu di laluan ini, masalah sama tetap berlaku,"dakwanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar ketika dihubungi memberitahu, akan members mukluk balas berkaitan perkara ini dalam masa terdekat.