Pasangan kembar maut dalam perjalanan ke tempat kerja

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Pasangan kembar yang dalam perjalanan ke tempat kerja maut selepas motosikal dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah van di Jalan Rizab Derahman, Jeram di sini, pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintenden Mohd Ambia Nordin berkata, kejadian jam 11.50 pagi itu berlaku ketika pasangan kembar berusia 18 tahun itu dari rumah mereka di Jalan Bukit Kuching ke tempat kerja di Puncak Alam.

Menurut beliau, kejadian berlaku apabila motosikal jenis Yamaha 16 dinaiki mangsa cuba memotong van di hadapan laluannya.

"Bagaimanapun, van tersebut membelok ke kanan menyebabkan motosikal terbabit terlanggar bucu depan sebelah kanan van berkenaan hingga menyebabkan hilang kawalan dan terjatuh.

"Akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang dan pembonceng mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau memberitahu, dua jenazah kembar itu kemudiannya dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: