Sila log masuk terlebih dahulu.

[WACANA SINAR] Kemaman kubu kuat siapa?

21 November 2023 | Wacana
A
A
A

Susulan keputusan mahkamah membatalkan kemenangan wakil Pas di Parlimen Kemaman dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 2 Disember nanti sebagai tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan tersebut bagi memilih semula wakil rakyat di sana.

Berbanding PRU15 yang menyaksikan pertembungan empat penjuru, PRK kali ini di Kemaman hanya melibatkan dua parti iaitu Pas selaku penyandang, dan Barisan Nasional (BN) sebagai pencabarnya.

Sebelum tempoh rasmi kempen bermula pun, bahang persaingan sudah terasa apabila kedua-dua parti mendakwa Kemaman sebagai kubu kuat mereka.

Hakikatnya, siapakah lebih layak mendakwa Kemaman sebagai kubu kuat mereka? Adakah Pas dan PN yang menang kesemua kerusi Parlimen dan DUN Terengganu pada ketika ini, atau BN yang punya sejarah dan rekod baik di sana?

Dapatkan jawapan kepada persoalan ini dalam Wacana Sinar edisi 421 bertajuk "Kemaman kubu kuat siapa?" hari ini jam 8.30 malam di platform digital Sinar Harian.