Myanmar serah 31,000 suspek penipuan telekomunikasi kepada China

Seramai 31,000 suspek penipuan telekomunikasi dipindahkan dari Myanmar ke pusat tahanan China setakat ini. - Foto Xinhua
Seramai 31,000 suspek penipuan telekomunikasi dipindahkan dari Myanmar ke pusat tahanan China setakat ini. - Foto Xinhua
A
A
A

PEKIN - Seramai 31,000 suspek penipuan telekomunikasi dipindahkan dari Myanmar ke pusat tahanan China setakat ini, umum Kementerian Keselamatan Awam China pada Selasa.

Antara suspek yang ditahan ialah 63 individu disyaki dalang, penganjur atau anggota utama serta 1,531 individu yang sedang diburu.

Sejak September tahun ini, pihak berkuasa keselamatan awam di wilayah seperti Xishuangbanna, Pu'er dan Lincang bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang di Myanmar untuk melaksanakan kerjasama penguatkuasaan undang-undang sempadan.

Langkah itu membawa kepada kejayaan sejumlah besar suspek penipuan telekomunikasi dipindahkan kepada pihak berkuasa China.

Pada November, untuk mengukuhkan lagi usaha menangani penipuan, pihak berkuasa keselamatan awam China meningkatkan kerjasama bersama Myanmar dengan melancarkan tindakan secara agresif terhadap jenayah penipuan telekomunikasi di utara Myanmar.

Langkah itu membawa kepada pencapaian yang ketara dan kejayaan berganda.

Antaranya, ketua kumpulan sindiket penipuan telekomunikasi dan dalam talian di Zon Pentadbiran Sendiri Kokang di utara Myanmar berjaya ditahan.

Selain itu, ketua kumpulan sindiket, Ming Xuechang membunuh diri kerana takut dihukum.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, sebahagian besar sarang penipuan di luar negara berjaya dilumpuhkan, memberi tamparan hebat kepada kumpulan penipuan di luar negara.

Pada 18 November, kerjasama penguatkuasaan undang-undang sempadan di Dehong mencapai kejayaan besar apabila pihak berkuasa di Muse, utara Myanmar menyerahkan 571 suspek penipuan telekomunikasi kepada pihak berkuasa China. - Bernama