Sabah belasah Kelantan 7-0

Pemain Sabah FC menghalang pergerakan pemain Kelantan FC dalam aksi Liga Super di Stadium UiTM Shah Alam, malam ini. - Foto Facebook MFL
Pemain Sabah FC menghalang pergerakan pemain Kelantan FC dalam aksi Liga Super di Stadium UiTM Shah Alam, malam ini. - Foto Facebook MFL
A
A
A

SABAH FC berpesta gol apabila membelasah Kelantan FC 7-0 dalam aksi Liga Super di Stadium UiTM Shah Alam, malam ini.

Kemenangan besar malam ini meletakkan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee naik satu anak tangga ke kedudukan keempat carta Liga Super selepas mengumpul 45 mata.

Pesta gol Sabah bermula pada minit ke-25 menerusi Jafri Firdaus Chew yang menyempurnakan sepakan penalti selepas Telmo Ferreira Castanheira dijatuhkan oleh pemain Kelantan.

The Rhinos terus mengasak dan dua gol terhasil masing-masing pada minit ke-29 dan 39 menerusi Farhan Roslan dan Rizal Ghazali.

Pemain Sabah FC meraikan kejayaan selepas membelasah Kelantan 7-0. - Foto Facebook MFL
Pemain Sabah FC meraikan kejayaan selepas membelasah Kelantan 7-0. - Foto Facebook MFL

Bersambung babak kedua, Irfan Fazail menyambung kenduri gol pasukan Sabah FC apabila meledak gol keempat pada minit ke-56 sebelum Castanheira menggegar gawang lawan pada minit ke-68.

Ramon Machado dan S Kumaahran juga tidak ketinggalan untuk mencetak nama sebagai penjaring pada perlawanan malam ini apabila masing-masing menyumbat gol pada minit ke-70 dan 89 sekali gus menambah derita Kelantan FC yang menghuni tangga tercorot liga dengan hanya lapan mata daripada 23 perlawanan. - Bernama

Artikel Berkaitan: