Hock San terima Ijazah Kehormat Doktor dari Universiti Antarabangsa UNITAR

A
A
A

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Ir. Lim Hock San menerima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan daripada Canselor Universiti Antarabangsa UNITAR, Datuk Mohamed Nizam Abdul Razak di Majlis Konvokesyen UNITAR kali ke-23 yang berlangsung di PICC Putrajaya, pada Sabtu lepas.
Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Ir. Lim Hock San menerima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan daripada Canselor Universiti Antarabangsa UNITAR, Datuk Mohamed Nizam Abdul Razak di Majlis Konvokesyen UNITAR kali ke-23 yang berlangsung di PICC Putrajaya, pada Sabtu lepas.

PUTRAJAYA – Pengerusi Eksekutif LBS Bina Group Berhad (LBS), Tan Sri Ir LimHock San telah dianugerahkan dengan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan di Majlis Konvokesyen ke-23 Universiti Antarabangsa UNITAR di Putrajaya hari ini.

Anugerah berkenaan diberikan kepada Hock San sebagai pengiktirafan di atas kepimpinan cemerlang beliau dalam menerajui LBS sebagai salah sebuah pemaju hartanah yang terkemuka di Malaysia.

Selain itu ia juga sebagau mengiktiraf sumbangan beliau dalam memperkasakan komuniti melalui penglibatan dengan badan-badan NGO dan juga reputasi beliau sebagai salah seorang individu penting di dalam jalinan hubungan dua hala Malaysia-China.

Menurut satu kenyataan media daripada LBS, hari ini, selaku jurutera profesional dan profesor adjung di Universiti Antarabangsa UNITAR, Hock San menamatkan pengajiannya pada tahun 1982 dengan Kepujian Kelas Pertama dalam bidang Kejuruteraan Awam daripada ‘University of Wales, Science & Technology’.

"Sekembalinya ke Malaysia, Hock San memainkan peranan penting dalam membangunkan LBS, yang telah diasaskan oleh mendiang bapanya, Datuk Seri Lim Bock Seng sebagai sebuah pemaju hartanah terkemuka di Malaysia.

"Dengan pengalaman lebih daripada 40 tahun dalam industri pembangunan hartanah, Hock San berpengalaman luas serta berjaya menobatkan syarikat sebagai salah sebuah syarikat pengurusan terbaik di Malaysia, suatu pengiktirafan oleh Deloitte untuk tahun 2022-2023.

Artikel Berkaitan:

"Di bawah kepimpinannya, LBS telah berjaya mencapai kejayaan yang luar biasa di samping berjaya membina lebih daripada 40,000 unit rumah di seluruh Malaysia dan mencapai jualan melebihi RM 2 bilion pada tahun 2022, sekali gus mempamerkan prestasi kewangan yang kukuh serta penyampaian dividen yang konsisten kepada para pemegang saham," kata kenyataan itu.

Dalam ucapan penerimaannya, Hock San menzahirkan penghargaan di atas penganugerahan Ijazah Kehormat Kedoktoran ini dan mendedikasikan Ijazah ini kepada mendiang bapanya, Bock Seng, yang memainkan peranan penting di dalam mengemudi perjalanan syarikat.

Komitmen Hock San bukan sahaja tertumpu kepada bidang perniagaan, bahkan beliau juga menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia, sebuah persatuan kaum Cina terbesar di Malaysia.

Selain dari itu, beliau turut memegang jawatan sebagai Naib Presiden Persekutuan Lim Malaysia dan jawatan-jawatan penting yang lain di dalam pelbagai persatuan di Malaysia.

Ijazah Kehormat Kedoktoran daripada Universiti Antarabangsa UNITAR ini membuktikan kepimpinan dan komitmen Hock San yang tidak berbelah bahagi terhadap usaha meningkatkan kecemerlangan perniagaan dan pembangunan komuniti.