Rita Sarimah dilantik semula sebagai Ahli Dewan Negara

Rita Sarimah - Foto Bernama
Rita Sarimah - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rita Sarimah Patrick Insol daripada Parti Rakyat Sarawak hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara buat penggal kedua.

Rita Sarimah, 60, mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan pelantikan yang berkuat kuasa hingga 19 November 2026 itu adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau sebelum ini mengangkat sumpah sebagai Senator pada 22 Jun 2020 dan tempohnya berakhir 21 Jun lepas.

Sementara itu, Wan Junaidi dalam ucapannya pada majlis itu percaya pelantikan Rita Sarimah akan meningkatkan lagi kualiti perbahasan dan menimbang usul dalam Dewan Negara.

"Saya mengucapkan selamat menjalankan tugas dengan penuh profesional dan integriti kepada Senator Rita Sarimah Patrick Insol dalam sidang-sidang Dewan Negara yang akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, tanggungjawab utama Dewan Negara dalam memutuskan sesuatu rang undang-undang harus direalisasikan melalui lontaran idea, pandangan dan cadangan yang benar-benar bebas.

Menurut beliau, adalah penting bagi setiap Ahli Dewan Negara untuk sentiasa membuat persediaan dan kajian yang komprehensif bagi mempertimbangkan dan meluaskan ilmu dalam melaksanakan tugas mereka. - Bernama

Artikel Berkaitan: