PTG Pahang kutip hasil tanah RM332 juta

Wan Rosdy Wan Ismail
Wan Rosdy Wan Ismail
A
A
A

KUANTAN - Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang memperoleh hasil kutipan tanah mencecah lebih RM332 juta sehingga 20 Disember lalu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peningkatan terbabit jauh lebih baik berbanding RM289 juta yang telah dikutip dalam tempoh sama tahun lepas.

"Tahun ini, PTG berjaya tingkatkan hasil kutipan sebanyak RM46 juta dengan kenaikan peratusan sebanyak 16.22 peratus dan jumlah itu amat tinggi yang pernah diraih.

"Dengan hasil kutipan ini, semestinya ia pasti dapat memberi lebih banyak kebaikan kepada rakyat Pahang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media sosial di Facebook milik beliau hari ini.

Wan Rosdy berkata, peningkatan kutipan hasil itu disebabkan kecekapan dan amanah di bawah kepimpinan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Sallehuddin Ishak dan Pengarah PTG Pahang, Datuk Nazri Abu Bakar.

Jelasnya, komitmen dan kerja keras semua kakitangan PTG negeri dan setiap daerah membolehkan kutipan hasil dapat dipungut dengan lebih baik.

"Ini adalah pengakhiran tahun 2019 cukup bermakna buat kerajaan Pahang. Setinggi-tinggi tahniah buat PTG.

Artikel Berkaitan:

"Semoga kejayaan ini akan menjadi inspirasi kepada jabatan-jabatan lain untuk terus maju ke hadapan," katanya.