PERKESO Run & Ride 2023 usaha gaya hidup sihat

Para peserta bergambar bersama dalam Majlis Pelepasan Perkeso Run & Ride 2023 di Dataran Wawasan, Persiaran Perdana, Presint 2, pada Ahad.
Para peserta bergambar bersama dalam Majlis Pelepasan Perkeso Run & Ride 2023 di Dataran Wawasan, Persiaran Perdana, Presint 2, pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Lonjakan jumlah penyertaan PERKESO Run & Ride 2023 menunjukkan perkembangan positif ke arah usaha intervensi awal masyarakat dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, program kecergasan berskala besar dengan jumlah penyertaan lebih 8,000 orang itu juga selari dengan matlamat kerajaan menangani risiko penyakit tidak berjangkit (NCD) dalam negara.

“Analisis Program Saringan Kesihatan (HSP) 3.0 yang dilaksanakan PERKESO tahun ini mendapati 60.3 peratus daripada 70,000 orang pencarum yang menjalani saringan kesihatan sehingga Oktober lalu mengalami masalah obesiti (kegemukan), selain 18.9 peratus menghidap kencing manis, 27.3 peratus mempunyai darah tinggi dan 61.2 peratus berdepan masalah kolesterol tinggi.

“Perbandingan terhadap statistik PERKESO bagi 2021 dan 2022 pula mendedahkan terdapat peningkatan jumlah pencarum yang mengalami hilang upaya atau meninggal dunia disebabkan NCD sebanyak 37 peratus.

“Mengikut pengiraan secara purata, 46 kes NCD dilaporkan kepada PERKESO setiap hari pada 2021, tetapi ia melonjak kepada 63 kes NCD sehari pada 2022,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar (empat dari kiri) merasmikan PERKESO Run & Ride 2023 pada Ahad.
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar (empat dari kiri) merasmikan PERKESO Run & Ride 2023 pada Ahad.

Ujar Subahan, acara yang berlangsung di Dataran Wawasan pada Ahad itu merupakan ‘wake-up call’ yang perlu dipandang serius oleh orang ramai kerana ia boleh memberi kesan terhadap status pekerjaan yang akhirnya menjejaskan aspek pendapatan isi rumah.

Dalam pada itu, menurutnya, pelaburan kesihatan yang tidak memerlukan modal besar mampu memberi keuntungan merangkumi pelbagai aspek seperti produktiviti pekerja, perbelanjaan perubatan dan mengoptimumkan pengurusan fiskal negara.

Artikel Berkaitan:

“Aspek fiskal negara bakal berdepan cabaran getir kerana kajian bersama oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan kos penjagaan kesihatan untuk pesakit NCD dan kehilangan produktiviti diunjur kira-kira RM22.5 bilion setahun,” menurutnya.

Turut hadir dalam program tersebut adalah Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar; Pemangku Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (KSM), Datuk Amran Ahmad; Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KSM, Datuk Norison Ramli dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.