Pemadam Perak sasar golongan mahasiswa cegah dadah

Mohd Azlan (kiri) turut mencuba aktiviti disediakan selepas merasmikan Karnival Fit Mania Perak 2023 anjuran Pemadam Perak dan Persatuan Kecergasan Komuniti Perak di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz pada Ahad.
Mohd Azlan (kiri) turut mencuba aktiviti disediakan selepas merasmikan Karnival Fit Mania Perak 2023 anjuran Pemadam Perak dan Persatuan Kecergasan Komuniti Perak di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz pada Ahad.
A
A
A

IPOH - Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Perak akan memberikan tumpuan terhadap usaha membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan golongan belia di institusi pengajian tinggi (IPT) tahun hadapan.

Pengerusi Pemadam Perak, Mohd Azlan Helmi berkata, sekurang-kurangnya empat program dirancang Pemadam Perak pada tahun 2024 sebagai usaha mencegah penyalahgunaan dadah itu.

Menurutnya, pada masa, Pemadam akan berbincang dengan polis dan pihak berkaitan untuk melaksanakan saringan dalam kalangan pelajar sekolah jika diperlukan bagi memastikan golongan itu tidak terjebak dengan najis dadah.

"Tahun depan kita dah susun ada empat atau lima program daripada pemadam yang akan melibatkan golongan belia fokus kepada golongan muda dan masyarakat. Kita fokus kepada IPT sebab kita tahu kadang-kadang penyebaran dadah berlaku dalam kalangan anak muda selain kita bertemu masyarakat untuk tingkat kesedaran.

"Jika perlu, kita adakan saringan di sekolah. Kita bukan nak menghukum tetapi nak bawa mereka yang terjebak balik ke pangkal jalan. Kita nak sedarkan mereka bahawa di usia muda ini amatlah berharga jadi manfaatkan usia muda dan kesihatan yang ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Fit Mania Perak 2023 anjuran Pemadam Perak dan Persatuan Kecergasan Komuniti Perak di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz di sini pada Ahad.

Sementara itu, Mohd Azlan yang juga Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak berkata, program Karnival Fit Perak yang dianjurkan merupakan salah satu usaha menerapkan kesedaran kepada masyarakat mengenai penyalahgunaan dadah.

Mohd Azlan (dua dari kanan) melihat pameran disediakan AADK ketika Karnival Fit Mania Perak 2023 anjuran Pemadam Perak dan Persatuan Kecergasan Komuniti Perak di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz pada Ahad.
Mohd Azlan (dua dari kanan) melihat pameran disediakan AADK ketika Karnival Fit Mania Perak 2023 anjuran Pemadam Perak dan Persatuan Kecergasan Komuniti Perak di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz pada Ahad.

Menurutnya, selain itu penglibatan pihak NGO seperti Persatuan Kecergasan Komuniti Perak turut membantu masyarakat supaya mengamalkan cara hidup sihat seperti bersenam dengan betul serta penjagaan pemakanan.

Artikel Berkaitan:

"Dalam menangani penyalahgunaan dadah ini peranan bukan sahaja terletak pada satu bahu tetapi semua pihak. Seperti program hari ini terdapat kira-kira 300 orang yang hadir menyertai aktiviti disediakan.

"Sebelum ini kita ada program explorace kita libatkan pelajar IPTA dan IPTS. Memang kita tak dapat nak libatkan semua pihak namun alhamdulillah ia mencapai sasaran," katanya.