PRK Kemaman: Pengundi Kemaman perlu hantar mesej jelas

Ahmad Samsuri (tengah) selepas program ziarah markas UDM Chukai, Kemaman.
Ahmad Samsuri (tengah) selepas program ziarah markas UDM Chukai, Kemaman.
A
A
A

KEMAMAN - Pengundi di Kemaman perlu menghantar mesej yang jelas kepada pihak yang masih tidak berpuas hati kerana 'dipaksa' mengundi sebanyak tiga kali dalam tempoh setahun.

Calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia bagi memastikan tiada lagi perkara 'pelik' berlaku sehingga menyusahkan rakyat untuk mengundi sekali lagi.

"Semua sedia maklum bahawa pilihan raya kali ini adalah yang dipaksakan kepada pengundi Parlimen Kemaman.

"Perkara itulah yang dibuat di tempat-tempat lain. Sebab itu saya menyeru semua pengundi baik jauh atau dekat, supaya keluar mengundi pada 2 Disember nanti," katanya selepas program ziarah markas UDM Chukai, di sini pada Sabtu.

Ditanya tentang penerimaan rakyat, Menteri Besar Terengganu itu berkata, perkara itu jelas kelihatan sewaktu di lapangan, baik semasa hari penamaan calon dan sepanjang tempoh apabila Parlimen itu terbubar dengan sendirinya.

Malah katanya, sokongan itu meningkat daripada sehari ke sehari.

"Ditambah pula kerajaan Persekutuan gagal menyelesaikan pelbagai masalah rakyat. Seolah-olah tiada apa yang berlaku di negara kita.

"Kita boleh lihat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, tiada yang bertanggungjawab secara langsung. Kenapa perkara ini timbul dalam pada kita berdepan dengan pelbagai cabaran?

Artikel Berkaitan:

"Itulah rakyat kena hantar mesej yang jelas bahawa kita mahu kemenangan kepada Pas, sebagai parti terbesar dalam Parlimen," jelasnya.