PRK Kemaman: Top 4 UMNO iringi calon BN

Raja Mohamed Affandi (tengah) diiringi Mohamad (tiga dari kiri) dan pimpinan parti hadir di Pusat Penamaan Calon PRK Parlimen Kemaman di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman.
Raja Mohamed Affandi (tengah) diiringi Mohamad (tiga dari kiri) dan pimpinan parti hadir di Pusat Penamaan Calon PRK Parlimen Kemaman di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman.
A
A
A

KEMAMAN - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengiringi calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman pada Sabtu.

Turut bersama beliau ialah pemimpin UMNO lain antaranya Naib Presiden, Datuk Seri Khaled Nordin, Datuk Johari Abdul Ghani dan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Wakil Pakatan Harapan pula ialah Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Terdahulu, pergerakan calon ke pusat penamaan calon disambut dengan bacaan selawat.

PRK Parlimen Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu yang membatalkan kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Raja Mohamed Affandi (tengah) hadir di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman bagi menyerahkan borang pencalonan, bertempat di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman, hari ini. - Foto Bernama

Ia selepas pihak pempetisyen, Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil (pengundi) berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU15.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudiannya menetapkan PRK Parlimen Kemaman pada 2 Disember depan.

Artikel Berkaitan:

Pada PRU15, Che Alias memenangi kerusi Parlimen Kemaman selepas memperoleh 65,714 undi menewaskan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat undi sebanyak 38,535 dengan majoriti 27,179 undi.

Raja Mohamed Affandi hadir di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) ParlimenKemaman bagi menyerahkan borang pencalonan bertempat di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman hari ini. - Foto Bernama

Dua lagi calon yang bertanding di Parlimen itu, Rosli Ab Ghani (Pejuang) dan Hasuni Sudin (PH) masing-masing mendapat undi sebanyak 506 dan 8,340.