Warga emas ditemui mati dalam perigi

Mayat mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU), Umi Kalsom Jasin, 80, ditemui ahli keluarganya jam 4.30 petang pada Rabu.
Mayat mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU), Umi Kalsom Jasin, 80, ditemui ahli keluarganya jam 4.30 petang pada Rabu.
A
A
A

BALING - Seorang wanita warga emas ditemukan mati di dalam sebuah perigi di Kampung Mengkuang Tengah, Kupang di sini pada Rabu.

Mayat mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU), Umi Kalsom Jasin, 80, ditemui ahli keluarganya pada jam 4.30 petang sebelum membuat laporan di Balai Polis Kupang.

Menurut Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat, hasil siasatan terhadap ahli keluarga mangsa menyatakan sebelum kejadian, mangsa dilihat memotong rumput di belakang rumah pada jam 12.30 tengah hari.

“Ahli keluarga kemudiannya menyedari mangsa tidak pulang untuk makan tengah hari bertindak mencari mangsa di rumah dan tidak menjumpainya.

"Waris kemudiannya terus pergi ke belakang rumah dan menemui mangsa di dalam perigi,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Jelas Shamsudin, polis melakukan pemeriksaan terhadap tubuh badan mangsa dan kawasan sekitar namun tidak menjumpai sebarang kesan bagi mengaitkan dengan jenayah.

Menurutnya, kes tersebut telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa kemudiannya telah di hantar ke Hospital Alor Setar untuk bedah siasat bagi melengkapkan siasatan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!