Tinggalkan kerjaya jurutera demi minat jadi polis

Khairul Anwar (dua kiri), Amir Faris bergambar bersama pelatih lain yang menerima pelatih terbaik dalam Program Latihan Asas Kepolisan Inspektor Pelatih Siri 1/2023 di Pulapol, Kuala Lumpur pada Jumaat. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Khairul Anwar (dua kiri), Amir Faris bergambar bersama pelatih lain yang menerima pelatih terbaik dalam Program Latihan Asas Kepolisan Inspektor Pelatih Siri 1/2023 di Pulapol, Kuala Lumpur pada Jumaat. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Minat dan mahukan cabaran mendorong seorang jurutera untuk sertai pasukan uniform, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Inspektor Khairul Anwar Khalid, 26, yang dinobat sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan dalam Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Inspektor Pelatih Siri 1/2023 berkata, dia dilahirkan dalam keluarga yang berkhidmat dalam polis.

"Hari ini, abang saya juga bersama saya tamatkan latihan PLAK. Alhamdulillah," katanya ketika ditemui pemberita selepas Perbarisan Tamat Latihan PLAK di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini pada Jumaat.

Menceritakan lanjut, ujar anak ketiga daripada empat beradik itu, dia berkhidmat sebagai jurutera selama dua tahun di Bangsar, Kuala Lumpur.

Kata pemuda berusia 26 tahun dengan kelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknikal Melaka, dia sama sekali tidak menyesal meninggalkan bidang kejuruteraan untuk sertai PDRM.

"Sertai polis menjadi impian sejak sekolah, saya tak menyesal tinggalkan kerja lama saya.

"Cabaran sebagai pasukan polis semakin mencabar dan latihan di sini (Pulapol) mengajar kami (pelatih) semua untuk berhadapan dengan orang awam," ujarnya.

Tambah pemuda berasal dari Ipoh, Perak itu, dia juga menyimpan hasrat untuk sertai pasukan elit Unit Tindakhas (UTK) PDRM untuk mencabar diri menjadi yang terbaik.

Artikel Berkaitan:

Seramai 538 pelatih menamatkan latihan PLAK Inspektor Pelatih Siri 1/2023 di Pulapol, Kuala Lumpur pada Jumaat. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Seramai 538 pelatih menamatkan latihan PLAK Inspektor Pelatih Siri 1/2023 di Pulapol, Kuala Lumpur pada Jumaat. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

"Saya suka cabar diri untuk menjadi yang terbaik dan mahu berusaha untuk sertai pasukan elit UTK," katanya.

Dalam PLAK Inspektor Pelatih Siri 1/2023, tiga pelatih turut menerima amugerah iaitu Inspektor Nurul Nadhirah Muhamad Radzi (Pelatih Terbaik Akademik), Inspektor Muhammad Amir Faris Basri dan Inspektor Dayang Siti Aishah Awang Ramli masing-masing dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik Latihan Luar lelaki dan wanita.

Sementara itu, Muhammad Amir Faris, 26, berkata, pemenang pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) bagi negeri Perak pada 2019 itu mendapat dorongan daripada keluarga dan rakan untuk menamatkan latihan sembilan bulan di Pulapol, Kuala Lumpur.

Tambah anak ketiga daripada empat beradik itu, badan uniform PDRM ini memerlukan disiplin yang kuat.

"Semasa bekerja sebagai tukang gunting di Ipoh, ada seorang bekas pegawai polis yang datang gunting rambut sering bercerita tentang pengalaman sepanjang khidmatnya dalam polis.

"Amat tertarik dengan khidmat polis ini dan saya sedia berkhidmat untuk masyarakat," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!