MAG pilih ALC sebagai rakan sewaan pesawat

Pesawat Boeing 737-8 di Pusat Penyerahan Seattle Amerika Syarikat.
Pesawat Boeing 737-8 di Pusat Penyerahan Seattle Amerika Syarikat.
A
A
A

MALAYSIA Aviation Group (MAG) mengumumkan perjanjian sewaan jangka masa panjang yang dimeterai bersama Air Lease Corporation (ALC) bagi penerimaan pesawat Boeing 737-8.

Pengerusi Eksekutif ALC, Steven F Udvar-Hazy berkata, hasil perjanjian itu, proses penghantaran 25 pesawat Boeing 737-8 akan bermula tahun ini sehingga awal 2026.

“ALC dengan berbesar hati mengumumkan perjanjian yang signifikan untuk pesawat baharu 737-8 dengan MAG.

Pesawat Boeing 737-8 di Pusat Penyerahan Seattle Amerika Syarikat.
Pesawat Boeing 737-8 di Pusat Penyerahan Seattle Amerika Syarikat.

“25 pesawat ini akan membantu Malaysia Airlines memperluaskan lagi rangkaian penerbangan dan menambahbaik operasi dan kecekapan barisan pesawat mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Kapten Izham Ismail berkata, pemilihan itu dipersetujui selepas melalui proses tender yang ketat dan syarikat itu bersetuju untuk melantik ALC sebagai penyewa pesawat bagi barisan Boeing 737-8.

No Image Caption

“Langkah ini terikat dengan terma penstrukturan dalam perjanjian sewaan sedia ada dengan Boeing. MAG berbesar hati dapat bekerjasama dengan ALC, rakan kongsi yang komited untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan ke hadapan, seperti mana dalam Pelan Perniagaan Jangka Panjang 2.0 (LTBP 2.0).

Artikel Berkaitan:

“Boeing 737-8 ini adalah kunci kepada LTBP 2.0, dengan tawaran produk yang unggul, dan prestasi pesawat yang lebih baik iaitu meningkatkan kecekapan penggunaan minyak sehingga 15 peratus.