Fenomena hujan panas Monsun Timur Laut

A
A
A
Keadaan cuaca hujan panas tidak menghalang penggemar sukan luncur air meluncur pada waktu senja di Pantai Sungai Pagar hari ini.

Hujan panas adalah satu fenomena meteorologi dan hujan turun pada ketika matahari sedang bersinar kesan dari angin yang disertai dengan hujan ribut yang membawa titisan hujan di udara ke suatu kawasan yang tidak berawan.

Negara diramal mengalami fasa peralihan monsun bermula bulan ini dan menerima tiupan angin yang konsisten dari arah timur laut di antara 10 hingga 20 kilometer per jam.

Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh dijangka akan berlaku sehingga April tahun depan dengan empat hingga enam episod hujan lebat diramal berlaku dalam tempoh tersebut.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca serta mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web, aplikasi myCuaca dan media sosial MET Malaysia.
Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Kenderaan Transit Aliran Automatik

No Image Caption
GALERI

Jeram Pasu kering

No Image Caption
GALERI

Kraf Kelapa

No Image Caption
GALERI

Pemindahan Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel