X

Kindly register in order to view this article
!

Polis sahkan tiada rusuhan di Cameron Highlands

Abd Jalil (duduk, tengah) pada sidang media di Kompleks PDRM di sini.
A
A

KUANTAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada rusuhan berlaku di Cameron Highlands susulan tular mengenai tindakan dan tujuh individu yang terlibat dalam tunjuk perasaan ditangkap polis pada 23 Disember lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya turut menerima mesej tular berkenaan dan menegaskan bahawa destinasi percutian tanah tinggi itu selamat untuk dikunjungi.

"Perkara yang berlaku di Cameron Highlands adalah mengikut SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan dan terbaik mengikut tatacara diperuntukkan undang-undang.

"Polis dengan diketuai Ketua Polis Daerah (Deputi Superintendan Ashari Abu Samah) dalam kejadian tersebut telah membantu Pejabat Tanah dan Galian daerah itu dan membersihkan kawasan yang diceroboh oleh pengusaha haram. Tujuh lelaki yang ditahan polis kemudiannya telah dibebaskan dengan jaminan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Program Keselamatan Jalan Raya Bersama Pengusaha-Pengusaha Bas Sekolah di Kompleks PDRM Alor Akar di sini hari ini.

Dakwaan mengatakan berlaku rusuhan di Cameron Highlands tular di laman sosial.
Dakwaan mengatakan berlaku rusuhan di Cameron Highlands tular di laman sosial.

Dalam program itu, kira-kira 58 pemilik, pengusaha dan syarikat bas berhimpun diberikan ceramah keselamatan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).

Op Lestari 2 dijalankan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands dengan dibantu beberapa agensi termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu merobohkan kebun sayur haram dan struktur bangunan di kawasan tanah tinggi itu.

Abd Jalil berkata, polis menggunakan kaedah yang paling minima dan terbaik dalam menangani penunjuk perasaan sekali gus membantu pihak berkuasa menjalankan tugas tugas mengosongkan tanah yang diceroboh.

"Gambar-gambar dan komen mengatakan ada rusuhan itu adalah tidak benar dan polis menerusi kontinjen Pahang mengesahkan bahawa sehingga kini Cameron Highlands selamat untuk dilawati.

"Saya percaya ia akan jadi destinasi popular dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia 2020," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus