Legenda EPL, La Liga pengendali kelab Serie B

Fabregas. - Foto Agensi
Fabregas. - Foto Agensi
A
A
A

BEKAS bintang Arsenal, Chelsea dan Barcelona, Cesc Fabregas dilantik mengendali kelab Serie B Itali, Como.

Pemain berusia 36 tahun itu menggantikan pengendali Moreno Longo yang dipecat berikutan prestasi hambar pasukan itu musim ini.

Biarpun Como berjaya menewaskan Ascoli 1-0 di tempat lawan pada Ahad, namun tidak berjaya menyelamatkan bekas jurulatih Torino tersebut digantikan Fabregas.

Bekas pemain Sepanyol itu dilantik pengendali pasukan remaja musim panas lalu selepas menamatkan karier di Como.

Pemilihan Fabregas bakal menyaksikan pelantikan pertamanya sebagai jurulatih pasukan utama.

Sebagai rekod, Como kini menduduki tempat keenam Serie B dengan 21 mata selepas 12 perlawanan.

I Biancoblù yang berada di zon play-off, lapan mata di belakang pendahulu Parma.

Fabregas sebelum ini bermain 17 perlawanan dalam Serie B bersama Como musim lalu.

Artikel Berkaitan:

Dia merupakan pemenang Piala Dunia dan Euro dua kali dengan Sepanyol sepanjang menyarungi jersi La Roja.

Fabregas juga pernah merangkul kejuaraan liga ketika menyarung jersi Chelsea (Liga Perdana Inggeris - EPL- England) dan Barcelona (La Liga - Sepanyol).