Sila log masuk terlebih dahulu.

Padah main mercun, lelaki didenda RM8,000

15 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 15 NOVEMBER 2023

Tindakan lelaki bermain mercun di atas jalan raya di Kuala Sawah, Rantau, Jumaat lalu sehingga tular di Facebook membawa padah apabila dia didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Majistret Syed Farid Syed Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap P Manimaran, 23, selepas dia membuat pengakuan bersalah.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara 10 bulan jika tertuduh gagal membayarnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan pemandu jengkaut didapati melakukan sesuatu perbuatan dengan niat hendak menyebabkan dengan menggunakan bahan letupan, suatu letupan dari jenis yang mungkin boleh membahayakan nyawa atau menyebabkan kerosakan teruk pada harta.

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/634598/berita/semasa/padah-main-mercun-lelaki-didenda-rm8000

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini