Oxlade-Chamberlain terlepas aksi Foxes, Wolves

Oxlade-Chamberlain antara nadi The Reds pada musim ini terpaksa diketepikan akibat kecederaan. - Foto Oxlade-Chamberlain
Oxlade-Chamberlain antara nadi The Reds pada musim ini terpaksa diketepikan akibat kecederaan. - Foto Oxlade-Chamberlain
A
A
A

TONGGAK Liverpool, Alex Oxlade-Chamberlain terpaksa melupakan dua aksi terakhir saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama The Reds selepas mengalami kecederaan.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata, bekas pemain Arsenal itu mengalami kecederaan ketika beraksi pada final Piala Dunia Kelab menentang Flamengo Ahad lalu.

Menurut Klopp, beliau belum dapat memastikan berapa lama Oxlade-Chamberlain akan pulih, namun yang pasti pemain itu terlepas aksi menentang Leicester City dan Wolverhampton Wanderers.

"Pergelangan kakinya bermasalah. Satu dari tiga saraf ligamen pada bahagian luar mengalami kecederaan

"(Pasukan perubahan) Kami akan berusaha memastikan Oxlade-Chamberlain kembali pulih secepat mungkin.

"Saya sebelum ini pernah mengalami kecederaan sama dan mengambil masa lama untuk pulih tapi ianya juga boleh segera sembuh.

"Apapun kami akan memantau perkembangannya, namun yang pasti Oxlade-Chamberlain tidak akan beraksi dua perlawanan terakhir hujung tahun ini," kata bekas pengendali Borussia Dortmund itu.

Oxlade-Chamberlain mengalami kecederaan selepas bertembung di udara dengan pemain Flamengo, Everton Ribeiro menyebabkan dia terpaksa dikeluarkan babak kedua final di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha, Qatar.

Artikel Berkaitan:

Situasi terbaharu melanda Oxlade-Chamberlain menambah lagi koleksi kecederaan dalam kalangan pemain Liverpool selepas Joel Matip, Fabinho dan Dejan Lovren yang masih belum pulih sepenuhnya.