Ibu ADUN Kota Lama meninggal dunia

DR HAFIDZAH. Gambar kanan: Ibu kepada ADUN Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim, Sulimah Sukaimi, 80, meninggal dunia pagi tadi.
DR HAFIDZAH. Gambar kanan: Ibu kepada ADUN Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim, Sulimah Sukaimi, 80, meninggal dunia pagi tadi.
A
A
A

KOTA BHARU - Ibu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim, Sulimah Sukaimi, 80, meninggal dunia di kediaman beliau di Taman Harian Jalan Guchil Bayam, di sini pada 9.55 pagi tadi.

Dr Hafidzah berkata, ibunya meninggal dunia disebabkan komplikasi penyakit jantung yang dideritai sejak beberapa bulan lepas selain sakit tua.

Beliau berkata, jenazah ibunya akan disembahyangkan di Masjid Al Husna Baung Bayam selepas solat Isyak, malam ini.

"Semoga roh bonda saya ditempatkan bersama para solihin dan mendapat rahmat yang berpanjangan daripada AlLLAH SWT. Pemergian beliau satu kehilangan buat kami sekeluarga, hanya doa mampu dikirim.

"Semasa hayatnya, arwah sering mengingatkan saya untuk menjaga kebajikan orang ramai, insya-Allah saya akan ingat pesanan itu dan membantu lebih ramai yang memerlukan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Khamis.

Menurut Dr Hafidzah, Allahyarham adalah ibu tunggal dan meninggalkan 10 anak berusia antara 37 dan 62 tahun. - Bernama.

Artikel Berkaitan: