Rezeki Pencari Belut

A
A
A

Wan Zuhairi Hafizi Wan Omar, 26, dan Wan Omar Wan Abu Bakar, 49, memulakan rutin mencari belut di kawasan berlumpur bermula kira-kira 8 pagi ketika tinjauan di sekitar Telemong, Kuala Terenganu, hari ini.

Wan Omar Wan Abu Bakar, 49, dan anaknya, Wan Zuhairi Hafizi ialah pencari belut yang menjadikannya sumber mata pencarian untuk menyara keluarga sejak 20 tahun lalu.

Belut ditangkap menggunakan tukir diperbuat daripada batang paip polivinil klorida (PVC) yang diletakkan di kawasan sawah atau tali air.

Tukir yang berperanan seperti bubu ditinggalkan di kawasan terbabit sebelum mengambil hasil tangkapan yang masuk ke dalam alat itu keesokan harinya.

Katanya, bermula petang semalam, mereka mula memasang sebanyak 40 batang tukir dan mampu menangkap sehingga 10 kilogram (kg) belut selepas dipasang hampir 12 jam.

Jelasnya, beliau menjual belut hidup sekitar RM25 hingga RM30 bagi 1 kilogram. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan: