Luqman Hakim, Alif perkuat jentera serangan B-23

Senarai 24 pemain yang menyertai kem latihan pusat pertengahan bulan ini sempena saingan Piala Asia B-23 April tahun depan. - Foto Facebook FAM
Senarai 24 pemain yang menyertai kem latihan pusat pertengahan bulan ini sempena saingan Piala Asia B-23 April tahun depan. - Foto Facebook FAM
A
A
A

PENYERANG muda yang beraksi bersama KV Kortrijk di Belgium, Luqman Hakim Shamsudin mengetuai senarai 24 pemain Malaysia bagi menyertai kem latihan pusat menjelang kempen Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23) tahun depan.

Pasukan yang dibimbing pengendali baharu, Juan Torres Garrido itu turut memanggil penyerang Penang FC, Muhammad Alif Ikmalrizal untuk memperkuatkan jentera serangan skuad Harimau Muda.

Kem latihan pusat itu dijadualkan bermula pada 13 hingga 21 November ini dengan saingan Piala Asia B-23 bakal membuka tirai pada April tahun hadapan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan 17 daripada 23 pemain skuad Kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Chonburi, Thailand pada 6 hingga 12 September lalu dikekalkan.

Senarai lain menyaksikan Fergus Tierney dan Najmudin Akmal terus dikekalkan untuk memantapkan barisan depan skuad muda negara.

Pertahanan muda Selangor, Harith Haiqal Adam Afkar turut berada dalam senarai, selain pemain Terengganu, Ubaidullah Shamsul Fazili serta Safwan Mazlan menjadi taruhan untuk mengukuhkan barisan benteng.

Juan Torres turut memilih gandingan berbisa Kuala Lumpur (KL) City, Haqimi Azim serta T Saravanan untuk menyertai kem latihan kali ini.

Selain itu, terdapat lima muka baharu iaitu Daryl Sham K K George, Muhammad Firdaus Ramli, Muhammad Aiman Khairul Yusni, Muhammad Firdaus Ahmad Fuad dan Adam Farhan Mohd Faizal.

Artikel Berkaitan:

Turut berada dalam senarai adalah dua pemain daripada senarai Kejuaraan B-23 AFF 2023 iaitu Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri dan Muhammad Abu Khalil.

Selain Juan Torres, FAM turut melantik Shukor Adan yang sebelum ini berkhidmat bersama KL City untuk bersama berganding bahu memperkuatkan kembali skuad B-23 negara.