Replika Labu Sayong

No Image Caption
A
A
A
Pemandangan replika Labu Sayong yang diletakkan di bulatan Labu Sayong, Bandar Baru ketika tinjauan hari ini. Labu sayong lambang tradisional bagi masyarakat negeri Perak.

Labu Sayong ialah sejenis labu tembikar berbentuk labu air berwarna hitam dari Mukim Sayong, sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala Kangsar, Perak. Barang tembikar ini diceritakan hasil inovasi daripada penggantian buah labu kosong yang digunakan untuk mengisi air dalam kalangan masyarakat setempat, kebiasaan menggunakan tanah sebagai bahan binaan dan menciptakan barang mirip labu air daripada bahan yang sama. Bentuk labu air ada juga diilhamkan daripada bentuk burung pucung berdiri yang dilihat dari hadapan. Labu sayong mempunyai tiga bahagian utama yang mencembung iaitu "bibir", "leher" dan "badan" masing-masing melambangkan alam-alam atas, tengah dan bawah dalam kosmologi Melayu.

Terdapat dua orang tokoh yang dikaitkan kuat dengan perintisan seni labu ini, Nila Hitam, seorang wanita Melayu kelahiran Kampung Kepala Bendang sendiri, dan Tok Kaluk, seorang pendatang pandai besi dari Minangkabau, Sumatera yang diceritakan memperkenalkan penciptaan tembikar daripada tanah liat pada kira-kira tahun 1810 semasa zaman Sultan Abdul Malik Mansur Syah.

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Kenderaan Transit Aliran Automatik

No Image Caption
GALERI

Jeram Pasu kering

No Image Caption
GALERI

Kraf Kelapa

No Image Caption
GALERI

Pemindahan Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel