Kelab Arab Saudi intai khidmat Fernandes

Fernandes - Foto EPA
Fernandes - Foto EPA
A
A
A

PEMAIN tengah Manchester United, Bruno Fernandes dilaporkan berada dalam radar kelab Arab Saudi untuk beraksi di negara Timur Tengah itu.

Dilaporkan Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi yang menguasai majoriti saham empat kelab terbesar negara tersebut mungkin akan berbincang dengan wakil Fernandes menjelang akhir musim ini.

Bagaimanapun, wakil PIF percaya penghijrahan pemain Portugal itu mungkin berlaku pada musim depan.

PIF memiliki pelaburan dalam kelab Al-Nassr, Al-Hilal, Al-Ittihad dan Al-Ahli dan turut memiliki Newcastle United.

Fernandes juga dilaporkan mendahului senarai panjang yang ditetapkan negara berkenaan untuk menyertai Liga Pro Arab Saudi.

Sekiranya Fernandes meninggalkan England, dia mungkin akan menyertai beberapa bintang lain termasuk bekas rakan sepasukan dan rakan negara, Cristiano Ronaldo.

Fernandes menyertai United pada 2020 dari Sporting Lisbon menerusi yuran perpindahan 60 juta pound (RM346 juta) dan telah meledak 66 gol serta 57 bantuan jaringan daripada 199 penampilan.

Meskipun prestasi The Reds ketika ini tidak menentu, Fernandes sudah menyumbat tiga gol dalam 11 perlawanannya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!