Banjir Selangor: MBI salur bantuan awal

MBI menyalur bantuan awal kepada mangsa terjejas banjir yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara - Gambar MBI
MBI menyalur bantuan awal kepada mangsa terjejas banjir yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara - Gambar MBI
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyalur bantuan awal kepada mangsa terjejas banjir yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS).

Ketua tanggungjawab sosial korporat dan komunikasi korporatnya, Ahmad Azri Zainal Nor berkata, agihan sumbangan pada Sabtu meliputi 10 karton air mineral, lima kotak makanan kering dan 20 unit toto bagi setiap PPS.

“MBI sentiasa cakna dengan bencana yang menimpa rakyat Selangor. Diharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa,” katanya seperti dilaporkan media rasmi kerajaan negeri pada Ahad.

PPS terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bangi, SK Semenyih dan Dewan Komuniti Taman Gemilang, Sepang yang kini menempatkan 145 mangsa membabitkan 38 keluarga.

Dalam pada itu, Ahmad Azri turut memaklumkan bantuan sama akan dihulur ke empat lagi PPS di Sepang dan Petaling hari ini (Isnin) yang menempatkan 434 mangsa daripada 119 keluarga.

Menurutnya, PPS itu Dewan Kampung Dato Ahmad Razali, Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Jenderam Hilir, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil dan Dewan Serbaguna Camelia Height.

Pada Ahad, seramai 603 orang mangsa terdiri daripada 162 keluarga ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) susulan bencana banjir yang dihadapi di beberapa daerah di Selangor.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Selangor dalam kenyataan memaklumkan, satu PPS iaitu Dewan Seroja Kampung Bendahara, Gombak menempatkan lima mangsa daripada tiga keluarga masih dibuka setakat jam 8 pagi pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

.........................................................................................................................................

Sukarelawan bantuan krisis MCA siap sedia

SHAH ALAM - Pasukan sukarelawan Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) di seluruh negara kini diyakini berada dalam mod bersiap siaga untuk dikerah membantu dalam misi bantuan banjir.

Timbalan Bendahari Agung, Datuk Lawrence Low Ah Kiong berkata, semua pihak terbabit perlu sentiasa berwaspada dan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan susulan keadaan hujan kerap turun setiap hari.

"Takziah kepada penduduk di Taman Semenyih Indah dan Kampung Bangi Lama, Selangor yang ditimpa musibah banjir. Semoga keadaan kembali pulih seperti sedia kala.

"Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu penduduk terjejas khususnya Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Ahad.

Pada Ahad, seramai 603 orang mangsa terdiri daripada 162 keluarga ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) susulan bencana banjir yang dihadapi di beberapa daerah di Selangor.