Bapa pemilik KDA FC meninggal dunia

Pemergian Allahyarham Bakar turut dimaklumkan oleh KDA FC di Facebook mereka pada pagi Isnin.
Pemergian Allahyarham Bakar turut dimaklumkan oleh KDA FC di Facebook mereka pada pagi Isnin.
A
A
A

BAPA kepada pemilik Kedah Darul Aman FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar meninggal dunia di Hospital Alor Setar, di sini pada pagi Isnin.

Pemergian Bakar Ibrahim, 87 dimaklumkan oleh kelab tersebut di Facebook mereka kira-kira jam 10 pagi.

"Salam Takziah dari Ahli Lembaga Pengarah, warga KDA FC kepada Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dan seluruh ahli keluarga di atas berita pemergian ayahanda tercinta pagi ini di Hospital Alor Setar.

"Semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan soleh," katanya.

Allahyarham yang berasal dari Jalan Lumur, di sini difahamkan telah dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Alor Setar kerana tidak sihat dan tidak selesa bernafas pada Rabu lalu.

Sumber KDA FC berkata, Bakar difahamkan demam selain didapati terdapat jangkitan kuman di paru-paru telah dimasukkan ke dalam wad sebelum dibenarkan keluar dua hari kemudian.

Walau bagaimanapun, kesihatan Allahyarham merosot sebelum dibawa semula ke Hospital Alor Setar pada pagi Isnin.

Artikel Berkaitan: